Watak utama Senarai_watak_Sword_Art_Online

Kirito

Disuarakan oleh: Yoshitsugu Matsuoka (Bahasa Jepun), Bryce Papenbrook (Bahasa Inggeris)

Kazuto Kirigaya (桐ヶ谷 和人, Kirigaya Kazuto) merupakan salah seorang daripada 1,000 orang penguji beta (beta tester) dalam program tertutup sebelum SAO dipasarkan secara rasmi kepada orang ramai. Dalam dunia maya dikenali sebagai Kirito. Dia merupakan anak yatim piatu sejak bayi lagi ketika ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dan ibu bapa saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Pada awal siri, Kirito kurang bersosial dan hanya bermain permainan komputer. Kirito mempunyai sikap dingin, permikiran amat tajam seperti detektif, mahir dalam program komputer, minat dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan pemain dunia maya yang sangat cilik. Kirito mahir dalam menggunakan pedang kerana dia selalu berlatih kendo bersama sepupunya Suguha. Dia dipertemukan dengan kekasihnya iaitu Asuna Yuuki di SAO. Kirito juga digelar Pemedang Hitam (黒の剣士, Kuro no kenshi) dan kebolehan menggunakan dua pedang. Dia bekerja sambilan bersama Rath diketuai oleh Seijiro Kikuoka untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan membantu menangkap jenayah siber.

Di ALO, dia merupakan kaum Spriggan. Kirito telah menggunakan dua versi avatar yang berbeza, versi pertama rambutnya terpacak dan pedangnya sangat besar dan versi kedua dengan bantuan "The Seed" reka bentuk avatar, kemahiran dan pakaian telah diubah.

Nama Kirito (キリト, Kirito) merupakan kependekan daripada nama penuhnya, iaitu Kirigaya Kazuto.

Asuna

Disuarakan oleh: Haruka Tomatsu (Bahasa Jepun), Cherami Leigh (Bahasa Inggeris)

Asuna Yuuki (結城 明日奈, Yūki Asuna) merupakan anak kepada Yuuki Shouzou dan Yuuki Kyouko. Dia merupakan salah seorang yang terperangkap dalam SAO. Asuna sentiasa ceria, serius ketika bertarung dalam dunia maya, mahir memasak, mempunyai badan fizikal yang cergas seorang yang genius. Di SAO, Asuna merupakan naib komender dalam kesatuan Knights of the Blood Oath (血盟騎士団, Ketsumei Kishidan). Asuna digelar Cahaya Kilat (閃光, Senkō) sebab kemahiran dalam dunia maya sangat laju dan tajam. Teman lelakinya ialah Kirito.

Asuna merupakan salah seorang daripada hanya dua orang watak dalam siri francais Sword Art Online yang menggunakan nama sebenarnya sendiri sebagai nama avatar. Tarikh lahir pada 30 September.

Leafa

Disuarakan oleh: Ayana Taketatsu (Bahasa Jepun), Cassandra Morris (Bahasa Inggeris)

Suguha Kirigaya (桐ヶ谷 直葉, Kirigaya Suguha) merupakan sepupu kepada Kirito. Semasa Kirito terperangkap dalam dunia maya SAO, ibu Suguha memberitahu cerita sebenar yang sebenarnya Kirito merupakan sepupunya bukan abang kandungnya, ketika itulah Suguha mula jatuh cinta kepada Kirito secara senyap. Selepas insiden SAO, Suguha mula berminat bermain permainan maya dikenali sebagai ALfheim Online (ALO) mengunakan gelaran "Leafa" untuk memahami kenapa Kirito sangat berminat bermain di dunia maya. Suguha mahir dalam kendo, mudah berperasaan sedih, sangat berani menerima cabaran dan sentiasa ceria. Tarikh lahir Leefa pada 19 April.

Sinon

Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro (Bahasa Jepun), Michelle Ruff (Bahasa Inggeris)

Shino Asada (朝田 詩乃, Asada Shino) juga digelar Sinon merupakan kawan kepada Kirito. Ketika Shino berusia dua tahun, bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Peristiwa buruk berlaku ketika Shino berusia 11 tahun di pejabat pos seorang perompak yang gila cuba merompak sambil mensasarkan pistol kepada ibu Shino. Shino memgigit tangan perompak, merampas pistol daripadanya dan dia menembak perompak sebanyak tiga kali sehingga perompak itu mati, menyebabkan Shino takut dengan pistol. Sebelum bermain ALO, Shino bermain permainan dunia maya Gun Gale Online (GGO) kerana kawannya Kyoji Shinkawa percaya Shino akan cuba hilangkan trauma secara beransur-ansur dalam permainan tersebut. Sinon dan Kirito merupakan juara kejohanan Bullet of Bullets (BoB) ketika itu bertarung sengit menentang Death Gun. Selepas kejohanan tersebut, Sinon menyertai ALO bersama Kirito dan cuba membuat azam baru iaitu cuba beranikan diri dalam dunia sebenar. Sinon jatuh cinta kepada Kirito secara senyap.

Eugeo

Disuarakan oleh: Nobunaga Shimazaki

Alice

Disuarakan oleh: Ai Kayano